PANDUAN 'AQIQAH
- 'Aqiqah ialah sembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T.
- Hukum melakukan 'aqiqah ialah sunnat mu'akkad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut.Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing manakala anak perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu,kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
- Waktu melakukan 'aqiqah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh.Masa yang paling afdhal untuk melakukan 'aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.
- Berniat 'aqiqah ketika menyembelih dan hendaklah binatang tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.
- Sabda Rasullullah S.A.W :- كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى
- Maksudnya : "Setiap bayi itu tergadai dengan 'aqiqahnya.Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama." (Riwayat Abu Daud).
- Berdoa semasa hendak menyembelih :-
- sambil menyebut nama anak بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ
HIKMAH 'AQIQAH
- 'Aqiqah mengandungi beberapa hikmah.Diantaranya ialah :
- Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak
- Untuk mengisyhtiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah Allah yang dikurniakan Allah
- Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
- Mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
No comments:
Post a Comment