PROGRAM AQIQAH PERDANA

PROGRAM AQIQAH PERDANA

KAMBING

Setiap baka kambing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Namun apa yang perlu menitik beratkan adalah sistem ternak serta pengurusan ternakan yang baik.

JAMNAPARI / ETAWA
Kambing jamnapari @ jumna pari merupakan nama semperna Sungai Jamna (Jamna Par) di Uttar Pradesh,India dimana ianya banyak terdapat.Kambing Jamnapari banyak terdapat di Agra,Mathura dan daerah Etawa di Uttar Pradesh dan daerah Morena di Madya Pradesh.
Dikenali juga dengan nama kambing telinga panjang.
Tempoh matang Jamnapari kebiasaanya seawal 7 bulan.
Berat jantan dewasa boleh mencapai 68kg-91kg.Berat betina dewasa pula dari 36kg- 63kg.
Makanan yang sesuai untuk jamnapari ialah daun kehijauan serta rumput ( napier,guinea dll). Manakala pemberian dedak adalah hanya sebagai makanan tambahan.Penjagaan terbaik bagi pembaka adalah melalui makanan berupa kehijauan,di mana perolehan kandungan serat yang mencukupi.
Harga seekor kambing jamnapri berumur 2bulan dan keatas adalah RM 600.00 ke atas bergantung pada saiz baka anak kambing itu.
PE @ Peranakan Ettawah merupakan istilah baka kambing yang merujuk kepada jamnapari kacukan yang digunakan di Indonesia dan menjadi antara baka pilihan ramai pengusaha/ penternak di Malaysia.Ettawah merujuk kepada Etawa yang merupakan daerah Etawa di Uttar Pradesh dimana salah satu tempat jamnapari banyak terdapat.PE pada dasarnya adalah kambing kacukan antara jamnapari / Ettawah dan kambing katchang.





BOER
Boer bermaksud farm dalam bahasa belanda.Telah wujud semenjak awal 1900an di Afrika Selatan.Kambing jenis tahan dari sebarang serangan penyakit serta memiliki  prospek perniagaan yang baik.
Perbelanjaan yang rendah untuk memelihara ternakan ini.Beranak setiap 3 kali dalam masa 2 tahun.Berkebolehan menambah pengeluaran susu sebanyak 200gm sehari.
Boer mempunyai sifat-sifat kambing pedaging dan berwana putih dan coklat di kawasan leher dan kepala.  
Ianya merupakan haiwan yang kuat dan mantap serta mempunyai konformasi badan yang baik.Kakinya pendek,tegap,berisi serta paha dan bahagian belakang yang tegap dan berotot.Ianya jelas menggambarkan ciri-ciri kambing pedaging yang baik.
Berat jantan dewasa boleh mencapai 110kg - 135kg.Manakala,berat betina dewasa dari 90kg hingga 100kg.

























2 comments:

  1. LADANG DEKAT MANA YE..KALU SYA NK BELI KAMBING AKIKAH BAJET DALAM RM600.SEKOR..SAYA NAK 2 EKOR.AD DISKAUN LAGI X..KALU SEMBELIH SIAP BOLEH KE..

    ReplyDelete
  2. Please call Sy urgent nk cari kambing nk pkai 7Hb 4,2016 ni mnggu dpan dh..
    01137240057

    ReplyDelete