PROGRAM AQIQAH PERDANA

PROGRAM AQIQAH PERDANA

LEMBU



Terdapat pelbagai jenis ternakan di ladang TNAWSB seperti Feral,Saanen,Bebiri,Jamnapari,Dopper,lembu serta kerbau. Perkhidmatan penghantaran jugak disediakan.

BAKA PEDAGING

Baka-baka yang biasa dipelihara untuk daging di Malaysia adalah

  • Kedah Kelantan (K.K)
  • Kacukan Komersial Australia (Australian Commercial Cross)
  • Kacukan Friesian - Sahiwal (Mafriwal)
  • Local Indian Dairy (L.I.D)
  • Droughtmaster Brahman 
Selain itu juga,beberapa baka lembu pedaging yang terkenal juga dipelihara di luar negera seperti HEREFORD ANGUS CHAROLAIS SHORTORN SIMMENTAL LIMOUSIN
Baka - baka yang berpotensial untuk pengeluaran daging dari segi prestasi dan kemudahan mendapatkan bekalan di negara ini ialah :- 

  1. KACUKAN KORMESIAL DARI AUSTRALIA (Australian Commercial Crosses)                Dihasilkan di Australia,hasil kacukan pelbagai jenis lembu pedaging.Antara jenis yang terlibat seperti Brahman,Shorthorn dan Hereford.Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan hasil bilangan yang banyak dan juga harganya yang berpatutan.
  2. KACUKAN FRISIEN SAHIWAL (Mafriwal)                                                                               Berwarna hitam kemerahan.Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal,dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ianya boleh menghasilkan susu diantara 1,500 sehingga 2,000 kg.Purata berat anak semasa lahir dalam lingkungan 24kg,manakala berat matang ialah 360kg.Purata kenaikan berat badan dalam linkungan 0.37kg sehari.
  3. DROUGHTMASTER                                                                                                                     Hasil kacukan Brahman dengan Shorthorn,berasal dari Utara Australia.Jenis lembu pedaging yang sesuai  dengan negara tropika ini berwarna coklat @ merah gelap.Ianya matang apabila mencapai usia 630 hari.Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari.Berat mencapai lebih kurang 330 kg,ketika mencapai usia 2 tahun.
  4. KACUKAN PEDAGING (K.K)                                                                                                      Baka ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka K.K dengan baka pedaging seperti Hereford,Charolais,Droghtmaster,Brahman dan Simmental.Kacukan ini dilakukan dengan cara permanian berhadas iaitu menggunakan air mani beku dari baka pejantan yang bermutu tinggi.
  5. KEDAH KELANTAN K.K                                                                                                              Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang mempunyai ketahanan jangkitan penyakit.Ianya berbadan pejal dan mempunyai pelbagai warna seperti perang hitam,coklat atau kekuningan.Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14-16kg.Kenaikan berat badan pula dalam lingkungan 0.4 kg sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah diantara 200 sehingga 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.
  6. BRAHMAN                                                                                                                                      Berasal dari India dan mutunya ditingkatkan di Amerika.Berat matang lebih kurang 520kg untuk betina manakala jantan mencapai berat 700 sehingga 900kg.Biasanya Brahman ini berwarna putih serta mempunyai hump dibelakang seperti unta.Sesuai untuk melakukan kerja-kerja kasar serta tahan cuaca panas.Menghasilkan daging yang bermutu dan isi yang banyak diantara 400 sehingga 450 kg.Anak dilahirkan kira-kira 22 sehingga 27 kg.Ianya cepat membesar.
  7. LOCAL INDIAN DAIRY (L.I.D)                                                                                                   Campuran jenis -jenis Kangayan / Hallikar/Ongole daripada India.Dianggap jenis tempatan kerana baka ini kacukan dengan darah lembu K.K. Jenis susu yang boleh disesuaikan dengan lembu pedaging.Lembu baka ini berwarna keputihan ,kehitaman serta kekuningan (coklat gelap).Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Berat matang ialah 280 kg.Anak yang dilahirkan ialah diantara 18-20 kg beratnya.
  



















1 comment: