Jenis-jenis nutrien yang diperlukan dalam sumber makanan lembu fidlot :-
- Air
- Protein
- Karbohidrat
- Lemak
- Galian
- Vitamin
Nutrien tersebut perlulah diberi dalam kadar yang seimbang dengan secukupnya kepada lembu bagi mendapatkan hasil pengeluaran yang maksima. Kekurangan salah satu nutrien ini akan mengganggu tumbesaran lembu. Lembu fidlot perlukan zat-zat nutrien secukupnya setiap hari.
Terdapat berabagai-bagai jenis bahan makanan yang boleh digunakan untuk projek fidlot lembu. Antara makanan yang diberi ialah :-
- foraj
- silaj
- bijirin dan
- bahan sisa pertanian serta perindustrian
Jumlah makanan yang diperlukan oleh lembu fidlot adalah bergantung kepada berat lembu semasa dan pada amnya mereka boleh memakan jumlah bahan kering makanan maksima bersamaan dengan 3.0% daripada berat badan lembu tersebut.Ianya bergantung jenis makanan yang diberikan.
Di negara kita ini , suasana iklim dan jenis makanan yang ada , biasanya lembu ini memakan sehingga kepada 2.5-2.8 % sahaja. Ini bermakna semua jenis makanan yang diberikan kepada lembu fidlot akan memakan bahan kering makanan diantara 4.0kg sehari pada permulaanya,sehingga boleh mencapai 8-9 kg sehari. Apabila lembu telah mencapai berat 350-400 kg. Ketika peringkat ini akhir ini,pertambahan berat badan hariannya sudah mula menurun dan pengambilan makanannya akan lebih rendah iaitu hanya 2.5% sahaja daripada persamaan berat badannya sehari.
Lembu fidlot boleh diberikan makanannya samada secara 100% makanan lengkap (konsentrat), yang telah dirumus bagi mengandungi semua nutrien yang diperlukan atau konsentrat biasa diberi bersama bahan serat seperti rumput, pelepah kelapa sawit yang telah diracik,jerami atau rumput peram, silage < batang jagung diracik > untuk mendapatkan zat serat.